Fakta Hebat Yang Anda Perlu Tahu Tentang Air Zam Zam
Posted on by budakserius™
Air Telaga Zam-Zam
Telaga
Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga
biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan
Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.
Telaga
zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di
Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air
zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
Isi kandungan
* 1 Sejarah
* 2 Maklumat fizikal
* 3 Air zamzam kini
* 4 Air zamzam dijual
* 5 Pengurusan air zamzam
* 6 Pautan luar
* 7 Sumber
Sejarah
Umat
Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi
Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti
Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering
kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa
dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah
menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari
tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail
menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata
air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud ‘kepung
air’. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk
Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan
menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra
Islam.
Perkataan
“zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna
“berhenti mengalir” – yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya
menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut
hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata
semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau
hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.
Telaga
zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter.
Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.
Ujian
mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam
menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan
kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9
meter selepas 11 minit.
Air zamzam kini
Semasa
ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari
Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae’i. Air
zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia
dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat
kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi
menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk
saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam
mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.
Air zamzam dijual
Air zamzam dijual dalam botol
Kerajaan
Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada
dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di
kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 %
tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah
tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang
tidak munsabah.
Pengurusan air zamzam
Air
zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk
dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air
mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap
jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).
Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian.
Bahagian
pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh
orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda
daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang
mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.
Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter
untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan
jarang yang berani menipu.
Namun akhbar Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia”
yang terdiri dari orang Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili
awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama.
Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa
bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan. Ada yang
merungut kerana air zamzam yang dibeli tidak tulen atau telah dicampur
dengan air lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar