Di bawah ini, terdapat 15 rahsia untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.
1. Mendirikan
sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu
tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.
2. Hendaklah
kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain
supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
3. Untuk
menjauhkan pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian
seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat
terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
4. Membaca dengan
baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam
solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan
dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut
diketahui oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat
hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul
Kolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.
8. Hati
diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati
dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan
solat.
9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).
10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).
11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.
12. Menggunakan
sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang
salib, kadang-kadang ia mengelirukan.
13. Mengurangkan pergerakan
anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada
tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu,
jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan
orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin
cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Sebolehnya
elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada
lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang
kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh,
kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar